|
Banjir Gelombang Pertama 2011 melanda PKG Rantau Panjang. Pada 23 hingga 29 November 2011 yang lalu, PKG Rantau Panjang telah dilanda banjir gelombang pertama untuk sesi 2011 setelah hujan turun tanpa henti 3 hari sebelumnya. Fenomena ini adalah lumrah semulajadi setibanya musim tengkujuh iaitu pada awal November sehingga awal Januari pada setiap tahun.
Tambahan pula, jarak PKG hanya lebih kurang 30 meter dari kedudukan Sungai Golok yang akan melimpah sekiranya hujan yang berturutan lebih dari 48 jam. Untuk persiapan yang lebih awal menghadapi situasi sedemikian, pihak staff PKG terlebih dahulu mengangkat peralatan ICT & pejabat ke tempat yang lebih selamat iaitu ke tingkat atas.
Disamping itu juga pihak PKG telah membuat sekatan pada setiap penjuru pintu masuk pejabat bagi mengelakan kemasukan air banjir, disebelah tepi pula diliputi dengan plastesin. Ternyata, kaedah ini juga masih boleh digunapakai untuk mneghalang air dari masuk ke dalam lantai pejabat. Air telah naik sedalam 21cm dari aras lantai PKG.
|















